Kadang kadang hati kita mahu tapi kita buat buat malu..

Isnin, 7 Disember 2015

Salahkah Aku BERDAKWAH? Part III


“Allahu Akbar..Allahu Akbar…azan berkumandang tanda masuknya waktu subuh…amar dengan pantas bangun lalu segera menuju ke ruangan bilik air untuk mencuci sebahagian mukanya..

“ehh mar..kau dah bangun” tegur mak nya yang sedang menyiapkan sarapan pagi untuknya..

“ya mak.. amar nak ke masjid ni..” jawab amar ringkas lalu meneruskan langkahnya menuju ke bilik air..selesai amar mencuci mukanya..dia menggapai tuala yang terletak berhampiran bilik air untuk melapkan mukanya yang sedikit kebasahan...

“mak..amar pergi dulu..assalamualaikum…”

“hati-hati..walaikumsalam..” jawab mak amar ringkas…!

*********************

Sesampainya amar di masjid…dengan pantas tangan membuka pili air untuk berwudhu’..setelah amar selesai mengambil air wudhu’ tiba tiba ada seorang pck menyapanya..

“ehh amar…rajin amar datang masjid ya..jarang pck lihat anak muda seperti kamu datang ke masjid untuk solat berjemaah tambah tambah lagi kalau solat subuh ni..” tegur pck yang pernah tegur dia semalam…

“pck ni lagi..! bisik amar dalam hati…” “biasa je pck… lagipun saya ni bukan anak muda lagi..tua dah ni pck..” balas amar ringkas sambil melemparkan senyuman sinis..

“peril pck kah ni?” soal lagi pck tersebut..

“tak lah pck…betullah apa yang saya kata tadi..lagipun saya ni kan jarang berada di kampung ni…” amar memandang muka pck tersebut..

“owhh…jom lah amar kita masuk ke dalam… nanti tertinggal rakaat pulak…” pelawa pck tersebut sambil membuka langkahnya menuju ke ruangan pintu masuk masjid..

Sesampainya di dalam masjid..ada seorang lagi pck tua menyapanya dengan memakai serban dan juga jubah berwarna putih…

“assalamualaikum..pck tengok kamu ni rajin datang masjid…boleh kamu menjadi imam solat subuh?”

“walaikumsalam pck..! imam?” terkedu amar seketika..

“ya, imam..kenapa? tak boleh ke?” soal pck tersebut..

“bukan tak boleh pck…boleh je saya jadi imam tapi tengok keadaanlah…saya tengok ramai lagi yang layak dari saya pck..saya ni masih jahil lagi pck…” muka serba salah amar terpancar di wajahnya…

“memang ramai lagi yang layak jadi imam tapi pck rasa kamu pun layak.. apa salahnya sekali sekala kamu jadi imam kepada kami…” ujar pck tersebut sambil menepuk nepuk bahu amar..

“baiklah pck..!” ragu ragu amar untuk menerima pelawaan pck tersebut kerana dia merasakan itu satu tanggungjawab yang besar baginya..

“kenapa tercegat lagi tu..pergilah ke depan..” ujar lagi pck tersebut


“baiklah pck..” amar dengan perlahan berjalan menuju ke depan…..

Selasa, 1 Disember 2015

UNTUKMU AYAHKU..

Ayah,
Pengorbananmu tidak akan ku lupa,
Nasihatmu masih segar di minda,
Tutur katamu menyentuh di jiwa…


Ayah,
Walau terkadang kita tidak berjumpa,
Walau terkadang kita tidak bersua,
Namun, aku sentiasa berdoa,
Agar  dirimu ditempatkan di syurga..


Ayah,
Dengan lafaz butiran kata kata,
Aku rindu dengan gelak ketawa,
Aku rindu dengan teguran mesra,
Aku rindu segala galanya…


Ayah,
Anakmu kini sedang berusaha,
Untuk berbakti kepada keluarga,
Bukan aku hilang begitu sahaja,
Tapi itu sudah takdir yang esa..


Ayah,
Aku harap hatimu tidak terluka,
Aku harap dirimu sihat di sana,
Aku harap kita sentiasa bersama,
Hingga ke hujung dunia..

Isnin, 30 November 2015

salahkah aku berdakwah? part II

“amar dengan perlahan melangkah menuju ke rumahnya..” ya Allah,salahkah aku mengajak orang lain melakukan apa yang telah engkau perintahkan? Aku dah cuba pujuk dia untuk solat tapi dia tetap tak nak dengar.. “ bisik amar sambil menundukkan pandangannya ke bumi..

Sesampai sahaja amar di rumah..dia duduk di tepi kaki lima..dia masih lagi memikirkan reaksi kawannya irfan sebentar tadi..bila diajak solat,dia tak nak.. bila dinasihat, dia cakap aku bangsat…” arhh…sudahlah malas aku fikir budak macam tu…” amar terdiam seketika..jari jemarinya mengurut urut kepalanya lantas matanya tertutup seketika…

“ehh amar…bangun..azan isyak dah tu..kau tak pergi masjid ke?”

“amar solat kat rumah je lah mak..amar penat..”

“ok..lepas solat..nanti pergi dapur..mak dah siapkan makan malam tu…”

“ok mak..nanti lepas solat amar ke dapur..” dengan perlahan amar bangun dan terus menuju ke bilik mandi untuk mengambil air wudhu’… setelah selesai amar berwudhu’, dia terus masuk ke dalam bilik lalu membentangkan tikar sejadah menghadap kiblat…”

“Bismillahirrahmanirrahim..” merdu suara anakku mengalunkan ayat suci alQuran..kalaulah arwah bapanya masih ada..mesti dia tersenyum melihat anaknya..” bisik mak amar dalam hati..titisan air mata jatuh berguguran ke lantai….

“mak..kenapa mak menangis?” terkejut mak nya melihat amar tercegat di hadapannya… “takdalah mar..mak Cuma teringatkan arwah bapamu…”

“apakan daya mak..Allah lebih sayangkan dia…amar pun rindu dengan arwah bapa..tapi hanya secebis doa yang boleh amar buat untuk menghapuskan kerinduan terhadap arwah bapa…”

Sebak mak nya mendengar kata kata yang keluar dari mulut amar…” mar.. esok kamu tak ke mana mana kah? Mak cadang nak bawa amar pergi lawat kubur arwah bapa amar.. “

“In Shaa Allah mak..nanti kita pergi esok ya mak? Lagipun dah lama amar tak ke sana…” amar memalingkan senyuman mesra terhadap mak nya…

“makanan dah mak sediakan tu…pergilah ke dapur…” pelawa mak amar..

“jom lah sekali makan mak..” ajak amar lagi lalu menggapai tangan mak nya menuju ke arah dapur…

“sedap mak masak…kalaulah amar duduk sini..nak je amar makan masakan mak..tapi, amar kerja mak..”

“takpalah mar…kamu kerjalah..lagipun setiap minggu kan kamu pulang jugak ke sini..” sambung mak nya sambil melontarkan senyuman yang indah di depan mata amar…

“baiklah mak..” amar membalas senyuman mak nya… berselera amar makan masakan yang telah dimasak oleh mak nya sendiri….

Selesai sahaja makan.. mak nya terus bersuara.. lepas ni amar tidur lah dulu..mak tengok kamu letih je..


“baiklah mak..amar masuk bilik dulu..” perlahan lahan kaki amar melangkah menuju ke pintu bilik….. amar terus terbaring di atas tilam.. selang beberapa minit kemudian..amar dah tertidur….

Ahad, 29 November 2015

salahkah aku berdakwah? part I

“ehh kau ni apasal tetiba pandai nasihatkan aku ni? Kau tak payah tunjuk yang kau tu baik padahal di belakang perangai macam taik..! belah lah…

“astaghfirullah..apa kau cakap ni fan? Aku tak fahamlah..aku ajak kau solat je pun..tu pun kau nak marah ke? Salahkah aku ajak kau solat berjemaah di masjid?

“ek eleh budak ni..nak kena sepak sekali..pandai pulak nak ceramah orang..siap ajak solat berjemaah lagi tu..bisik irfan dalam hati…” amar, aku nak bagitau kau..kalau kau nak solat, pergi je lah.. tak payah nak ajak aku..faham?!!” tegas irfan sambil melemparkan jelingan..

“ok..baiklah fan..kalau kau tak nak, takpalah..tapi ingat jangan lupa solat tau..! assalamualaikum.. amar pun bergegas menuju ke masjid yang berdekatan..

Sesampainya di masjid seorang pakcik tua menegurnya..” assalamualaikum amar..tadi pck tngok kamu dengan kawan kamu di tepi jalan..habis tu mana pulak dia pergi? Dia tak ikut sekali ke dengan kau amar?” soal pck tersebut dengan raut wajah yang agak kebingungan..

“ dia ada masalah sikit pck..dah ajak tadi tapi dia cakap lain kali je lah..” sengaja amar memutarbelitkan kata katanya…

“owh..begitu..patutlah pck tak Nampak dia…kalau macam tu jom lah kita masuk ke dalam..iqamat dah tu..” pelawa pck tersebut masuk ke dalam masjid…

Seusai selesai solat maghrib di masjid..amar terus bergegas keluar dari masjid..

“ehh fan…dari tadi kau duduk di sini ke? Kau dah solat ke belum? Tegur amar lagi terhadap irfan..

“budak ni lagi..” bisik irfan …hah..! kau apasal? Aku solat ke, aku tak solat itu bukan urusan kau.. kubur masing masing bro..!!” tegas irfan

“aku tahu lah bukan urusan aku fan,, tapi…..” belum sempat amar menghabiskan ayatnya..irfan terus sambung..

“hah..tapi apa? Jawab!!”

“tapi itu sudah tanggungjawabku sebagai seorang yang bergelar muslim… nak je aku biarkan kau tak solat tapi aku kesian kat kau fan…aku tak nak kau terus ditindas dalam kejahilan…”

“tak payahlah nak kesiankan aku..aku tahulah nak jaga diri..dan lagi satu, kau fikir kau tu alim sangat sudahkah? Kau fikir kau tu tak jahil kah? Mungkin kau lebih jahil daripada aku…”

“yaa..mungkin aku lebih jahil dari kau..tapi apa salahnya kau dengarlah nasihat yang aku bagi ni..aku ajak kau solat je pun..tapi kau dengan bangganya terus melenting…! Salahkah aku ajak kau fan? “

“yaa…memang salah..kau tu bukan siapa siapa pun..bukan mak bapak aku…! Mak bapak aku pun tak pernah paksa aku suruh solat..apatah lagi pelawaanmu ni tak akan ku buat..!”


“ok lah fan.. kalau kau tak nak dengar takpa..at least aku dah ajak kau..terserah kalau kau nak dengar atau tak..!!”

TAUBAT SEBELUM TERLAMBAT

Bila sebut soal mati semua orang mengerti bahawa itu telah pasti terjadi cuma kita tidak tahu bila kita akan pergi menghadap ilahi..


Tapi persoalannya di sini..,
Adakah amalan kita selama ini akan menjanjikan syurga? Atau
Adakah amalan kita selama ini akan menghumban kita ke neraka?
Kita semua tak tahu..hanya amalan kita yang akan tentukan di mana tempat yang layak untuk kita..


Tapi kita dengan bangganya mengatakan kita alim walhal di belakang kitalah yang paling zalim..


Kita kata kita solat tapi kenapa lagi agungkan maksiat?
Kita kata kita taat tapi kenapa lagi ikut cara barat?
Kita kata kita tutup aurat tapi kenapa pakaian masih ketat?


Adakah hanya itu yang  kita boleh buat untuk menjanjikan syurga di akhirat?
Adakah hanya kita solat pahala kita akan berlipat lipat?


Kita fikir kita boleh dapat?



Fikirkan…

AKU RINDU

Tika dulu,
Aku ketawa riang,
Hatiku selalu tenang,
Cahaya hidupku terang..


Hari ini,
Kerinduan yang menjadi peneman,
Tangisan sentiasa berlinangan,
Saat aku duduk bersendirian..

Bukan sengaja aku ungkap sedemikian,
Bukan sengaja aku lafazkan perasaan,
Namun, aku rindu dengan  seorang insan,
Yang tidak dapat aku lupakan..


Tuhan,
Tolong dengarkan luahan hatiku,
Hanya engkau tempatku mengadu,
Saat mereka tiada disampingku,
Hidupku tak seperti dulu..
Kerana aku rindu,rindu dan rindu..



Dengan insan yang bergelar KELUARGA..

Sabtu, 28 November 2015

Indahnya Menutup AURAT

Nampak cantik dah pakai tudung,
Nampak cantik dah pakai jubah,

tapi...

Lebih cantik pabila tudung itu dilabuhkan
Lebih cantik pabila jubah itu dilonggarkan

Biar orang cakap pakaian itu ketinggalan zaman.. 
tapi hakikatnya ia adalah pakaian moden..tak percaya? cuba pakai

Nak hina dihadapan manusia atau nak indah dihadapan Allah?

Fikirkan & Renungkan.. :)

Sentap Tak HAWA?!

Aku sering perhatikanlah terutama wanita zaman terlebih canggih ni.. 
upload gambar lepas tu buat caption..

"tak secomel korang"
"tak secantik korang"

kan? perasan tak?

kalau dah tahu tak comel !
kalau dah tahu tak cantik !
kenapa lagi masih upload ke laman sosial..?!

Jangan nak tayang muka sangatlah hakak oii..baik simpanlah gambar tu dalam memory card untuk tatapan diri sendiri.. nanti kalau dah ada suami tunjukkanlah dgn suami korang gambar yang tak cantik dan tak comel tu..

Kenapa kita perlu BERDAKWAH?

Kenapa kita perlu berdakwah??

-untuk suka suka ke?
-kerana terpaksa ke?
-nak dapat nama ke?

JANGAN..JANGAN..JANGAN..

-kita berdakwah niat kerana ALLAH
-kita berdakwah kerana itu memang tanggungjawab kita

kan? kan? kan?

Macam mana nak berdakwah?

-perlu pakai serban ke?
-perlu pakai kopiah ke?
-perlu pakai niqab ke?

ehh tidak..dakwah ni untuk semua..tak pakai serban pun takpa.!
tak pakai kopih pun takpa.! tak pakai niqab pun takpa.!

Habis tu macam mana?

-nak berdakwah perlu ada imu.. :)

Kalau tiada ilmu macam mana?
dia masih boleh berdakwah ke?

-yaa..dia masih boleh berdakwah..

Caranya?

-tunjukkan akhlak yang baik pun itu dah kira berdakwah.. :)

Jumaat, 27 November 2015

BUATMU SAHABATKU

Sahabat,
Andai pertemuan kita diredhai Allah,
Ajarilah aku erti kata tarbiyyah,
Ingatkanlah aku dakwah untuk ummah,
Tunjukkanlah aku jalan yang indah..

Sahabat,
Andai pertemuan kita ini takdir ilahi,
Pimpinlah aku ke syurga abadi,
Sedarkan aku godaan duniawi,
Jauhkan aku dari dosa dosa keji

Sahabat,
Andai aku hanyut dibuai cinta,
Marahlah aku dengan sentapan kata,
Ingatkan kepadaku azab neraka,
Untukku kembali seperti sedia kala..

Sahabat,
Pengorbananmu tidak terkira,
Keperibadianmu amat mulia,
Gurauanmu membuatku tertawa,
Tutur katamu lunak bicara..

Sahabat,
Jika aku sudah tiada,
Kenanglah aku di dalam doa,
Agar kita tetap bersama,
Walau tidak bersua muka..

Sahabat,
Perpisahan itu amat sakit,
Perpisahan itu amat perit,
Perpisahan itu amat pahit,
Namun kita harus terima hakikat,
Bahawa ini dunia bukan akhirat..

HIJRAH MAHASISWA

Wahai mahasiswa,
Dulu kau selalu berada di masjid,
Dulu kau selalu hadir di majlis ilmu,
Dulu kau selalu alunkan ayat alQuran..

Tapi kini,
Semua itu tidak terlihat lagi,
Kau berjalan berdua dengan bukan mahram,
Kau bersembang kosong yang tiada ketentuan,
Kau sering layan laptop dan telefon..

Wahai mahasiswa,
Mengapa perubahanmu amat ketara?
Mengapa ibadahmu sudah kau lupa?
Mengapa akhlakmu kian kau noda?
Mengapa ikhtilat tidak kau jaga?

Wahai mahasiswa,
Jadilah insan yang berguna pada agama,
Jadilah insan yang berguna pada keluarga,
Jadilah insan berguna pada negara,
Jadilah insan berguna pada umat manusia..

Wahai mahasiswa,
Bangkitlah dari zaman kegelapan,
Jauhilah perkara kemaksiatan ,
Agar kau tidak menjadi bahan kutukan,
Dikala dunia berada di akhir zaman..

Wahai mahasiswa,
Penghijrahanmu satu pedoman,
Penghijrahanmu satu kebaikan
Dan..
Penghijrahanmu amat dinanti nantikan..

Selasa, 7 Julai 2015

FIKIRKAN SEJENAK

Adakalanya aku hanyut dibuai mimpi,
Adakalanya aku lalai godaan duniawi,
Adakalanya aku alpa dengan diri sendiri..

Tuhan.....
Ampunilah dosa insan hina ini,
Atas segala perbuatan keji,
Yang menjadi santapan setiap hari,
Tidak kira malam petang dan pagi..

Terkadang..ku terfikir,
Layakkah aku ke syurga abadi,
Sedangkan ibadahku belum pasti diterima ilahi..

Terkadang..ku terfikir,
Layakkah aku menjadi imam terawih,
Sedangkan al fatihah tajwidnya masih lari..

Terkadang..ku terfikir,
Layakkah aku bergelar suami,
Sedangkan perangaiku tak matang lagi..

DAN...

Terkadang..ku berfikir,
Layakkah kau menghukum diri ini,
Sedangkan dirimu belum pasti sempurna lagi..

Ahad, 5 Julai 2015

DETIK DETIK DI KUIS

Saat kaki melangkah pergi,
Air mata jatuh berguguran,
Kerinduan kian dirasai,
Tidak tertahan hingga hari ini..

Ku berfikir sejenak..,
Andai tangisan itu membawa kegembiraan,
Andai kerinduan itu mengubat kesedihan,
Aku bersyukur.....NAMUN...
Semua itu belum pasti terjadi,
Kerana ianya cuma mainan mimpi,
Kerana ianya cuma perasaan jiwa ini..

Jauh di sudut....hati berkata,
Adakah tangisanku berakhir di sini?,
Adakah kerinduanku terhenti di sini?,
Atau...adakah ajalku tiba hari ini??
Tapi..semua itu tidak dapat ku bayangi,
Kerana ianya hanya kuasa ilahi...

WARKAH BUAT SAHABAT

Sahabat,
Aku tidak pernah minta untuk hormati diri ini,
Aku tidak pernah minta untuk sayangi diri ini,
Cuma..aku hanya minta satu permintaan..agar,
Kau tetap menjadi sahabatku..

Tapi..ku sering perhatikan,
Erti persahabatan itu kian mula pudar,
Erti persahabatan itu kian mula luntur,
Erti persahabatan itu kian mula hilang,
Bukan kerana dibawa oleh arus yang deras,
Bukan kerana ditiup oleh angin yang kencang,
Tetapi..kerana dikotori oleh mulut yang dahsyat

Sahabat,
Adakah kau tidak sedar...
Kau telah membuat hati ini terluka,
Dengan satu perkataan yang tidak dapat ku terima,
Kau berkata diri ini "sombong"
Adakah kau telah mengkaji?
Adakah kau sudah pasti
"DIRI INI SOMBONG"??