Kadang kadang hati kita mahu tapi kita buat buat malu..

Selasa, 7 Julai 2015

FIKIRKAN SEJENAK

Adakalanya aku hanyut dibuai mimpi,
Adakalanya aku lalai godaan duniawi,
Adakalanya aku alpa dengan diri sendiri..

Tuhan.....
Ampunilah dosa insan hina ini,
Atas segala perbuatan keji,
Yang menjadi santapan setiap hari,
Tidak kira malam petang dan pagi..

Terkadang..ku terfikir,
Layakkah aku ke syurga abadi,
Sedangkan ibadahku belum pasti diterima ilahi..

Terkadang..ku terfikir,
Layakkah aku menjadi imam terawih,
Sedangkan al fatihah tajwidnya masih lari..

Terkadang..ku terfikir,
Layakkah aku bergelar suami,
Sedangkan perangaiku tak matang lagi..

DAN...

Terkadang..ku berfikir,
Layakkah kau menghukum diri ini,
Sedangkan dirimu belum pasti sempurna lagi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan