Kadang kadang hati kita mahu tapi kita buat buat malu..

Jumaat, 27 November 2015

HIJRAH MAHASISWA

Wahai mahasiswa,
Dulu kau selalu berada di masjid,
Dulu kau selalu hadir di majlis ilmu,
Dulu kau selalu alunkan ayat alQuran..

Tapi kini,
Semua itu tidak terlihat lagi,
Kau berjalan berdua dengan bukan mahram,
Kau bersembang kosong yang tiada ketentuan,
Kau sering layan laptop dan telefon..

Wahai mahasiswa,
Mengapa perubahanmu amat ketara?
Mengapa ibadahmu sudah kau lupa?
Mengapa akhlakmu kian kau noda?
Mengapa ikhtilat tidak kau jaga?

Wahai mahasiswa,
Jadilah insan yang berguna pada agama,
Jadilah insan yang berguna pada keluarga,
Jadilah insan berguna pada negara,
Jadilah insan berguna pada umat manusia..

Wahai mahasiswa,
Bangkitlah dari zaman kegelapan,
Jauhilah perkara kemaksiatan ,
Agar kau tidak menjadi bahan kutukan,
Dikala dunia berada di akhir zaman..

Wahai mahasiswa,
Penghijrahanmu satu pedoman,
Penghijrahanmu satu kebaikan
Dan..
Penghijrahanmu amat dinanti nantikan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan