Kadang kadang hati kita mahu tapi kita buat buat malu..

Ahad, 29 November 2015

TAUBAT SEBELUM TERLAMBAT

Bila sebut soal mati semua orang mengerti bahawa itu telah pasti terjadi cuma kita tidak tahu bila kita akan pergi menghadap ilahi..


Tapi persoalannya di sini..,
Adakah amalan kita selama ini akan menjanjikan syurga? Atau
Adakah amalan kita selama ini akan menghumban kita ke neraka?
Kita semua tak tahu..hanya amalan kita yang akan tentukan di mana tempat yang layak untuk kita..


Tapi kita dengan bangganya mengatakan kita alim walhal di belakang kitalah yang paling zalim..


Kita kata kita solat tapi kenapa lagi agungkan maksiat?
Kita kata kita taat tapi kenapa lagi ikut cara barat?
Kita kata kita tutup aurat tapi kenapa pakaian masih ketat?


Adakah hanya itu yang  kita boleh buat untuk menjanjikan syurga di akhirat?
Adakah hanya kita solat pahala kita akan berlipat lipat?


Kita fikir kita boleh dapat?



Fikirkan…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan