Kadang kadang hati kita mahu tapi kita buat buat malu..

Ahad, 29 November 2015

AKU RINDU

Tika dulu,
Aku ketawa riang,
Hatiku selalu tenang,
Cahaya hidupku terang..


Hari ini,
Kerinduan yang menjadi peneman,
Tangisan sentiasa berlinangan,
Saat aku duduk bersendirian..

Bukan sengaja aku ungkap sedemikian,
Bukan sengaja aku lafazkan perasaan,
Namun, aku rindu dengan  seorang insan,
Yang tidak dapat aku lupakan..


Tuhan,
Tolong dengarkan luahan hatiku,
Hanya engkau tempatku mengadu,
Saat mereka tiada disampingku,
Hidupku tak seperti dulu..
Kerana aku rindu,rindu dan rindu..



Dengan insan yang bergelar KELUARGA..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan