Sahabat,
Aku tidak pernah minta untuk hormati diri ini,
Aku tidak pernah minta untuk sayangi diri ini,
Cuma..aku hanya minta satu permintaan..agar,
Kau tetap menjadi sahabatku..
Tapi..ku sering perhatikan,
Erti persahabatan itu kian mula pudar,
Erti persahabatan itu kian mula luntur,
Erti persahabatan itu kian mula hilang,
Bukan kerana dibawa oleh arus yang deras,
Bukan kerana ditiup oleh angin yang kencang,
Tetapi..kerana dikotori oleh mulut yang dahsyat
Sahabat,
Adakah kau tidak sedar...
Kau telah membuat hati ini terluka,
Dengan satu perkataan yang tidak dapat ku terima,
Kau berkata diri ini "sombong"
Adakah kau telah mengkaji?
Adakah kau sudah pasti
"DIRI INI SOMBONG"??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan