Kadang kadang hati kita mahu tapi kita buat buat malu..

Selasa, 1 Disember 2015

UNTUKMU AYAHKU..

Ayah,
Pengorbananmu tidak akan ku lupa,
Nasihatmu masih segar di minda,
Tutur katamu menyentuh di jiwa…


Ayah,
Walau terkadang kita tidak berjumpa,
Walau terkadang kita tidak bersua,
Namun, aku sentiasa berdoa,
Agar  dirimu ditempatkan di syurga..


Ayah,
Dengan lafaz butiran kata kata,
Aku rindu dengan gelak ketawa,
Aku rindu dengan teguran mesra,
Aku rindu segala galanya…


Ayah,
Anakmu kini sedang berusaha,
Untuk berbakti kepada keluarga,
Bukan aku hilang begitu sahaja,
Tapi itu sudah takdir yang esa..


Ayah,
Aku harap hatimu tidak terluka,
Aku harap dirimu sihat di sana,
Aku harap kita sentiasa bersama,
Hingga ke hujung dunia..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan