Kadang kadang hati kita mahu tapi kita buat buat malu..

Ahad, 29 November 2015

salahkah aku berdakwah? part I

“ehh kau ni apasal tetiba pandai nasihatkan aku ni? Kau tak payah tunjuk yang kau tu baik padahal di belakang perangai macam taik..! belah lah…

“astaghfirullah..apa kau cakap ni fan? Aku tak fahamlah..aku ajak kau solat je pun..tu pun kau nak marah ke? Salahkah aku ajak kau solat berjemaah di masjid?

“ek eleh budak ni..nak kena sepak sekali..pandai pulak nak ceramah orang..siap ajak solat berjemaah lagi tu..bisik irfan dalam hati…” amar, aku nak bagitau kau..kalau kau nak solat, pergi je lah.. tak payah nak ajak aku..faham?!!” tegas irfan sambil melemparkan jelingan..

“ok..baiklah fan..kalau kau tak nak, takpalah..tapi ingat jangan lupa solat tau..! assalamualaikum.. amar pun bergegas menuju ke masjid yang berdekatan..

Sesampainya di masjid seorang pakcik tua menegurnya..” assalamualaikum amar..tadi pck tngok kamu dengan kawan kamu di tepi jalan..habis tu mana pulak dia pergi? Dia tak ikut sekali ke dengan kau amar?” soal pck tersebut dengan raut wajah yang agak kebingungan..

“ dia ada masalah sikit pck..dah ajak tadi tapi dia cakap lain kali je lah..” sengaja amar memutarbelitkan kata katanya…

“owh..begitu..patutlah pck tak Nampak dia…kalau macam tu jom lah kita masuk ke dalam..iqamat dah tu..” pelawa pck tersebut masuk ke dalam masjid…

Seusai selesai solat maghrib di masjid..amar terus bergegas keluar dari masjid..

“ehh fan…dari tadi kau duduk di sini ke? Kau dah solat ke belum? Tegur amar lagi terhadap irfan..

“budak ni lagi..” bisik irfan …hah..! kau apasal? Aku solat ke, aku tak solat itu bukan urusan kau.. kubur masing masing bro..!!” tegas irfan

“aku tahu lah bukan urusan aku fan,, tapi…..” belum sempat amar menghabiskan ayatnya..irfan terus sambung..

“hah..tapi apa? Jawab!!”

“tapi itu sudah tanggungjawabku sebagai seorang yang bergelar muslim… nak je aku biarkan kau tak solat tapi aku kesian kat kau fan…aku tak nak kau terus ditindas dalam kejahilan…”

“tak payahlah nak kesiankan aku..aku tahulah nak jaga diri..dan lagi satu, kau fikir kau tu alim sangat sudahkah? Kau fikir kau tu tak jahil kah? Mungkin kau lebih jahil daripada aku…”

“yaa..mungkin aku lebih jahil dari kau..tapi apa salahnya kau dengarlah nasihat yang aku bagi ni..aku ajak kau solat je pun..tapi kau dengan bangganya terus melenting…! Salahkah aku ajak kau fan? “

“yaa…memang salah..kau tu bukan siapa siapa pun..bukan mak bapak aku…! Mak bapak aku pun tak pernah paksa aku suruh solat..apatah lagi pelawaanmu ni tak akan ku buat..!”


“ok lah fan.. kalau kau tak nak dengar takpa..at least aku dah ajak kau..terserah kalau kau nak dengar atau tak..!!”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan