Kadang kadang hati kita mahu tapi kita buat buat malu..

Selasa, 7 Julai 2015

FIKIRKAN SEJENAK

Adakalanya aku hanyut dibuai mimpi,
Adakalanya aku lalai godaan duniawi,
Adakalanya aku alpa dengan diri sendiri..

Tuhan.....
Ampunilah dosa insan hina ini,
Atas segala perbuatan keji,
Yang menjadi santapan setiap hari,
Tidak kira malam petang dan pagi..

Terkadang..ku terfikir,
Layakkah aku ke syurga abadi,
Sedangkan ibadahku belum pasti diterima ilahi..

Terkadang..ku terfikir,
Layakkah aku menjadi imam terawih,
Sedangkan al fatihah tajwidnya masih lari..

Terkadang..ku terfikir,
Layakkah aku bergelar suami,
Sedangkan perangaiku tak matang lagi..

DAN...

Terkadang..ku berfikir,
Layakkah kau menghukum diri ini,
Sedangkan dirimu belum pasti sempurna lagi..

Ahad, 5 Julai 2015

DETIK DETIK DI KUIS

Saat kaki melangkah pergi,
Air mata jatuh berguguran,
Kerinduan kian dirasai,
Tidak tertahan hingga hari ini..

Ku berfikir sejenak..,
Andai tangisan itu membawa kegembiraan,
Andai kerinduan itu mengubat kesedihan,
Aku bersyukur.....NAMUN...
Semua itu belum pasti terjadi,
Kerana ianya cuma mainan mimpi,
Kerana ianya cuma perasaan jiwa ini..

Jauh di sudut....hati berkata,
Adakah tangisanku berakhir di sini?,
Adakah kerinduanku terhenti di sini?,
Atau...adakah ajalku tiba hari ini??
Tapi..semua itu tidak dapat ku bayangi,
Kerana ianya hanya kuasa ilahi...

WARKAH BUAT SAHABAT

Sahabat,
Aku tidak pernah minta untuk hormati diri ini,
Aku tidak pernah minta untuk sayangi diri ini,
Cuma..aku hanya minta satu permintaan..agar,
Kau tetap menjadi sahabatku..

Tapi..ku sering perhatikan,
Erti persahabatan itu kian mula pudar,
Erti persahabatan itu kian mula luntur,
Erti persahabatan itu kian mula hilang,
Bukan kerana dibawa oleh arus yang deras,
Bukan kerana ditiup oleh angin yang kencang,
Tetapi..kerana dikotori oleh mulut yang dahsyat

Sahabat,
Adakah kau tidak sedar...
Kau telah membuat hati ini terluka,
Dengan satu perkataan yang tidak dapat ku terima,
Kau berkata diri ini "sombong"
Adakah kau telah mengkaji?
Adakah kau sudah pasti
"DIRI INI SOMBONG"??