Aku mengemaskan baju yang berselerakan di dalam bagasi satu
demi satu. Siapalah punya kerja ni. Yang
pasti bukan aku. Kalau aku tersusun rapi sama macam kelakuan tuannya yang
sentiasa rapi.
“woii adam. Hang buat apa tu? Lipat baju ke?”
‘tak adalah.. tengah bermunajat kepada ilahi ni. Nak join ke?
meh lah join. Lagipun aku tengok kau dah lama menjahil sorang sorang.’ Aku
tergelak perlahan sambil berpaling ke
arah datangnya suara. Tak kelakar betul soalan zarul ajukan ni.
“poyo lah hang adam. Siap berloyar buruk lagi. Dah lah. Hang
ke mana time cuti sem ni? Senyap jerk. Dengar gosip, kau dah tunang. Betulkah?”
Mataku terbeliak mendengar soalan murahan yang diajukan oleh
zarul. Tunang? Awek pun tak ada apatah lagi tunang.
‘kau ni kan zarul, kalau gosip pasal orang, mulut mengalahkan
perempuan. Taubat lah zarul. Buat apa nak tunang? Cita cita belum tercapai ada
hati nak kejar cinta.’ Tegasku
“ek, eleh mamatni. orang tanya je pun. Kot kot lah betul.”
‘alah kau ni zarul, nak bash orang pulak. Ke kau yang dah
tunang ni? Cincin di jari manis yang berkilau kilau bak permata dilautan tu
kepunyaan siapa?’ aku tuding jari ke tangan zarul
“owh. Ni awek aku kasi dam.” Selamba zarul jawap.
‘Ya Allah, kau punya perangai ni zarul semakin menjadi jadi.
Kalau tak diubah habis semua minah di kolej ni kau permainkan. Ni awek mana
pulak?’ adam masih tidak berpuas hati.
“ni awek dua bulan lepasla, syakila namanya tapi aku dah
jatuhkan talak tiga” adam mengeleng gelengkan kepalanya lalu merapatkan diri ke
arah zarul.
‘kau ni zarul, bila nak bertaubat.? Cukuplah buat benda yang
tak berfaedah ni. Kau fikir benda ni boleh bawa main main ke?’ sesi ceramah
adam sudah bermula. Kalau tak dihentikan segera sampai esok pagi pun masih
bersuara.
“baiklah ostat adam rayyan” zarul buat buat dengar ceramah
adam padahal dalam hati kutuk habis.
“tapi, aku bukan ada buat apa apa dengan diorang. Cuma jalan
jalan tengok wayang, lunch bersama. Tu je. Takdalah sampai tahap sentuh sentuh
bagai tu. Aku ni masih tahu lagi halal haram. Masih ingat lagi syurga neraka”
‘hah. Jangan cakap soal halal haram kalau masih buat perkara
yang Allah tak redha. Sampai bila kau buat benda ni zarul?’
“sampailah aku betul betul jumpa calon yang aku inginkan. Buat
masa sekarang ni, tak jumpa lagi.”
‘macam mana nak jumpa kalau setiap bulan tukar lain? Lagipun
aku tengok, semua awek kau tak lah secantik mana. Pakaian tak payah cakaplah.
Macam berada di zaman batu. Tak cukup kain.’ Adam sengaja memanaskan suasana
pada malam itu.
“tak cukup kain? Biarlah. Macam tu lah test aku dam. Sekali
pandang pasti membuatku tergoda. Menarik apa”
‘menarik apanya kalau akhirnya ke neraka. Cuba kau cari awek
yang bertudung litup berbaju labuh. Barulah sedap mata memandang’
Gelak zarul terhenti seketika.
“adam ni kan kalau pasal bash orang bukan main. Kadang kadang
apa yang dia cakap buatku sentap” bisik zarul dalam hati.
“yela adam, aku ni bukan macam kau. Alim. Warak gitu.” Zarul
saja je perli adam macam orang sudah tiada akal untuk membackup dirinya
sendiri. Mungkin sebab kata kata adam yang tiada tapisnya.
‘budak ni. Aku Cuma nasihat aje zarul. Kalau kau nak jadikan
iktibar, silakan. Kalau tak nak abaikan je. Lagipun siapalah kan aku ni jika
dibandingkan dengan kau’ kata kata adam membuatkan zarul terkedu seketika.
“dah lewat malam ni. Jom tidur. Kang esok lambat ke kuliah
pulak.” zarul saja je menukar topik.
‘cakap je lah kalau tak sudi dengar nasihat aku zarul. Dahh,
jom tidur’ adam bangun dari duduknya lalu segera menuju ke katil.
Sebelum zarul melelapkan mata, adam sempat berkata.
‘zarul, fikir fikirkan dan renung renungkan apa yang aku cakap
tadi’
“hmmm.. yala ostat. Ingatkan dah habis ceramah bersama ustat
adam rayyan rupanya belum lagi”
*********************************
“bro, lama tak jumpa. Apa khabar?” nizam melontarkan suara
yang garau sebaik sahaja adam dan zarul memasuki pintu kelas.
“hoii zam…baik aje. Kau apa cerita sekarang?” zarul menegur
kembali sambil bersalaman dengan nizam.
“aku biasalah zarul. Takda cerita yang tergempar pun tentang
aku ni. Orang merendah diri macam aku ni memang macam ni.” Gelakan sinis nizam
terpancar di wajahnya.
“ek eleh. Poyolah.” Zarul bersuara menunjukkan tanda
ketidakpuashatiannya terhadap nizam.
“hah. Hang adam, apa cerita.? Macam mana perjalanan dakwah
semenjak cuti semester ni?” nizam tiba tiba menegur adam dengan perlian
sinisnya.
‘puji ke perli ni nizam?’ berkerut dahi adam seketika.
“ni bukan puji mahupun perli tapi ini soalan ikhlas dari
hati.”
‘yela tu nizam. Mandai je hang ni. Dakwah ye? Okay jerk.
Semalam baru je bagi ceramah kat orang tu..hua..hua..hua..” sindir adam sambil
memandang ke arah zarul yang berdiri tegak mengalahkan ketegakan menara klcc
tu. Zarul memandang adam dengan jelingan yang tajam.
“elok sangatlah tu dam. Congratsslahh.. harap perjalanan
dakwah hang dipermudahkan segalanya.” Zarul bersuara kembali. Tadi bukan main
lagi berdiri memerhati perbualan adam dan nizam. Maklumlah perlian adam
membuatnya rasa tidak selesa.
“penat pulak kalau asyik berdiri ni” nizam bersuara
Mereka bertiga mengambil tempat duduk masing masing. Seperti
biasa adam akan duduk di hadapan manakala zarul dan nizam duduk di belakang.
Kalau boleh di hujung dunia mereka pilih.
“dam. Marilah duduk belakang. Sekali sekala. Tak pernah aku
tengok kau duduk belakang. Dari sem satu sampai sekarang, duduk depan je
pilihan hati kau kan” suara nizam kedengaran dari belakang sebaik sahaja adam
membetulkan kerusinya.
‘takpalah nizam. Lain kalilah ye. Lagipun, kalau duduk depan
ni senang sikit nak tangkap apa yang lecturer cakap. Tenang pulak tu.’
“ehh lupa pulak, ustat kan suka berada dalam suasana yang
tenang.” Perlian nizam membuat adam tidak tenang.
‘hurmmm..yela nizam’ adam menganggukkan kepalanya. Entahlah
anggukan tersebut menunjukkan dia marah ke atau sekadar geram jerk.
Kelas sunyi seketika……tiba tiba nizam bersuara sambil menpuk
bahu zarul.
“zarul, awek mana pulak bertudung labuh tu datang? Mengalahkan
ustazah Fatimah syarha aku tengok. Nak usya
pulak rasanya”
“kau ni nizam. Buat aku terkejut aje. Awek mana pulak ni?
Bunyinya dah mengalahkan ustazah aku dengar.” Zarul membesarkan matanya sambil
memerhati perempuan yang nizam maksudkan.
“tu lah bingaiiiiii…kau ada mata ke tak ni?” nizam sekali lagi
menempeleng kepala zarul.
“kalau iapun, janganlah sampai tempeleng aku. Kau tahu erti
penyesalan kan kalau dapat rasakan aura tumbukanku? So, jangan cuba cuba buat
perangai ya.” Kegeraman zarul terhadap nizam membuatkannya rasa tertanya tanya
siapakah perempuan yang dimaksudkan oleh nizam.
“zam, aku dah Nampak awek yang kau maksudkan tu..SubhanAllah.
adakah ini jodoh.” Zarul bersuara kembali. Kali ini dia pulak yang ganti
memukul bahu nizam.
“Alhamdulillah..pestime aku dengar kau ucap SubhanAllah. Kau
dah insaf ke? syukurlah. Ingatkan kau tak nak insaf dah” Nizam terkejut
mendengar ucapan yang baru saja zarul ucap.
“mamatni rupanya tahu jugak memuji Allah. Ingatkan tidak”
bisik nizam dalam hati.
“kau ni nizam. Dua kali lima aje dengan si adam tu. Bajet alim
konon padahal di belakang doranglah paling zalim” zarul bersuara sambil
menghentakkan tangannya ke meja.
“aku gurau je lah nizam. Janganlah keperempuan sangat. Sikit
sikit merajuk. Bagi setapak kang.”
“okay. Dah dah. Aku rasa aku nak usya lah awek tu nizam.
Pandangan pertama buatku tergoda. Bergetaq dah tulang rusuk ni.” Zarul cuba
menenangkan keadaan. Kelibat matanya masih tertumpu ke arah gadis tersebut.
“hang jangan nak gatal sangat. Awek kau syakila tu kau nak
letak di mana. Dalam kocek seluar?”
“syakila mana pulak ni? Kau tak tahu ke aku dah ceraikan dia
dengan talak tiga? Hua..hua..hua”
“patutnya perangai kau ni tak pernah berubah dari dulu lagi.
Takpalah. Aku malas nak ambil tahu hubungan kau dengan syakila tu.” Muka geram
nizam jelas terpancar di wajahnya.
“zarullllllllllllllllllllllllllll”
“nizammmmmmmmmm”
Jeritan kedengaran. Bunyinya seperti di depan. Zarul dan nizam
dengan serentak memandang ke depan.
“alamak. Sir hashim pulak dah sampai. Macam mana aku tak
perasan” bebel zarul dalam hati.
“ehh sir hashim. Dah lama sampai?” nizam saja tanya soalan
supaya dapat meredahkan kemarahan sir hashim.
“taklah.. baru aje sampai ni. Sesaat yang lepas. Kamu berdua
dah lama mengintai perempuan ke?” sir hashim melontarkan pandangan yang
menakutkan ke arah mereka.
“dah macam cerita munafik aku tengok pandangan mata sir hashim
ni” bisik lagi zarul sendirian.
“kamu berdua kalau tak nak masuk kelas saya. Pergi berambus. Sir
tak kesah. Bukan sir yang rugi. Gaji sir tak potong walaupun sesen tapi kamu
yang rugi bayar yuran pengajian beribu ribu ringgit.”
“sorry sir. Kami tak perasan.” Zarul dan adam memohon
keampunan kepada sir hashim.
“takpa..sir pun gurau je tadi..hahaha” sir hashim tergelak
perlahan. Keakrabannya dengan pelajar membuatkan pelajar senang nak bergurau
senda dengannya.
“laaa, yeke sir gurau? Elok sangatlah tu sir. Aku dan zarul
pun sebenarnya gurau je dengan sir..hua..hua..hua” nizam bersuara dengan
gurauan murahannya yang langsung menjengkelkan budak kelas tersebut.
“sir, hari ni kita belajar apa?” suara adam kedengaran setelah
sekian lama duduk berdiam di hadapan.
“hari ni sir takda mood nak mengajar. Tujuan sir masuk kelas
ni nak pastikan je. Semua ada kan?” sir hashim bertanya soalan yang sama setiap
kali sem baru bermula.
“eleh, sir ni tak tahu ke atau buat buat tak tahu?” zarul
menyampuk seketika.
“sir tanya aje. Kot-kot lah dah ada yang meninggal kan?” sir
hashim sengaja buat gurauan yang tak menjadi.
“amboii sir, ni nak mendoakan orang meninggal ke apa?” secara
tiba tiba suara manja nisya kedengaran. Tadi bukan main lagi pelajar perempuan
diam. Sepatah haram pun tak pernah keluar dari mulut.
“tak doakan tapi Cuma pastikan aje. Awak kena faham dan hadam
ayat sir tadi. Jangan fahamkan dari konsep literalnya saja” perlian sir hashim
terhadap nisya mengenak di hati pelajar. Riuh seketika di dalam kelas.
“hmmm..yela sir.. nak bergurau tak boleh” bersuara nisya
ringkas.
“sir tak cakap pun tak boleh gurau, boleh je gurau. Sampai
mampus pun sir tak kisah tapi ada masanya sesuatu perkara tu kita tak boleh
guraukan” keseriusan sir hashim berbicara membuatkan perasaan riuh bertukar
menjadi sayu seketika. Pelajar dalam kelas terpaku dengan kata kata sir hashim
lagi lagi nisya.
*******************************
“zarul, tu awek yang hang nak usya time di kelas tadi” tajam
je mata nizam memandang awek tersebut mengalahkan teropong ajaib yang digunakan
dalam cerita laksamana Do Re Mi.
“mana zam?” jerkah zarul.
“dia dah masuk library. Ala, budak perempuan.. sikit sikit ke
library, entah apa yang dorang buat. Nak tunjuk kononnya dorang tu ulat buku.
Tu je sebenarnya tujuan utama perempuan ke library..hua..hua..hua” tergelak
perlahan nizam dengan membuat andaian sendiri terhadap perempuan. Kadang kadang
apa yang keluar dari mulut si nizam ni boleh diguna pakai juga tapi kadang
kadang sesuai dicampak ke dalam longkang.
“ish, kau ni zam. Tak baik cakap begitu dengan perempuan”
zarul seolah olah membackup awek tersebut maklumlah hatinya lebih kepada
perempuan.
“eleh, trip buat baik konon padahal selama ni semua hang
pandang negative. Aku bukan kenal kau dalam sehari dua. Dah masak sangat dengan
perangai kemunafikan kau tu zarul”
‘zarul, nizam’ suara menerpa dari sebelah kiri.
“ehh..ustat adam rupanya. Hah, ada apa ya ustat?” soal zarul
dengan sapaan yang tidak ikhlas.
‘takda apalah. Korang dah solat belum? Kalau belum, meh lah
kita ke masjid sebentar solat berjemaah’ pelawa adam. Sejuk aje mata memandang.
“takpalah ustat. Ustat pergi solatlah dulu. Kitaorang ada hal
lebih penting yang perlu diuruskan ni ustat. Maaf sangat”
“penting sangat ke usya perempuan tu zarul?” cuit nizam sambil
memandang ke arah zarul.
‘zarul, tiada yang lebih penting selain seruan ilahi.’ Adam
bersuara lagi. sengaja adam memanaskan
keadaan agar zarul dan nizam ikut serta solat berjemaah di masjid.
“baiklah ustat. Kalau iya pun nak berdakwah, tak payahlah
memekak depan orang ramai. Jangan nak malukan kami. Boleh jatuh riak nanti.
Kang amalan hang tu tak diterima” pedas ayat yang dilontarkan oleh zarul. Adam
menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju dengan kelakuan yang ditunjukkan
oleh zarul.
‘dah lah zarul. Kalau kau tak nak ikut aku, aku tak paksa. Aku
Cuma jalankan tugasku sebagai khalifah di muka bumi ini untuk merealisasikan
“amar makruf nahi mungkar” ‘ pantas adam
berlalu pergi melangkah menuju ke masjid tapi zarul tidak peduli apa yang adam
katakan dengannya.