Kadang kadang hati kita mahu tapi kita buat buat malu..

Ahad, 29 November 2015

TAUBAT SEBELUM TERLAMBAT

Bila sebut soal mati semua orang mengerti bahawa itu telah pasti terjadi cuma kita tidak tahu bila kita akan pergi menghadap ilahi..


Tapi persoalannya di sini..,
Adakah amalan kita selama ini akan menjanjikan syurga? Atau
Adakah amalan kita selama ini akan menghumban kita ke neraka?
Kita semua tak tahu..hanya amalan kita yang akan tentukan di mana tempat yang layak untuk kita..


Tapi kita dengan bangganya mengatakan kita alim walhal di belakang kitalah yang paling zalim..


Kita kata kita solat tapi kenapa lagi agungkan maksiat?
Kita kata kita taat tapi kenapa lagi ikut cara barat?
Kita kata kita tutup aurat tapi kenapa pakaian masih ketat?


Adakah hanya itu yang  kita boleh buat untuk menjanjikan syurga di akhirat?
Adakah hanya kita solat pahala kita akan berlipat lipat?


Kita fikir kita boleh dapat?



Fikirkan…

AKU RINDU

Tika dulu,
Aku ketawa riang,
Hatiku selalu tenang,
Cahaya hidupku terang..


Hari ini,
Kerinduan yang menjadi peneman,
Tangisan sentiasa berlinangan,
Saat aku duduk bersendirian..

Bukan sengaja aku ungkap sedemikian,
Bukan sengaja aku lafazkan perasaan,
Namun, aku rindu dengan  seorang insan,
Yang tidak dapat aku lupakan..


Tuhan,
Tolong dengarkan luahan hatiku,
Hanya engkau tempatku mengadu,
Saat mereka tiada disampingku,
Hidupku tak seperti dulu..
Kerana aku rindu,rindu dan rindu..



Dengan insan yang bergelar KELUARGA..

Sabtu, 28 November 2015

Indahnya Menutup AURAT

Nampak cantik dah pakai tudung,
Nampak cantik dah pakai jubah,

tapi...

Lebih cantik pabila tudung itu dilabuhkan
Lebih cantik pabila jubah itu dilonggarkan

Biar orang cakap pakaian itu ketinggalan zaman.. 
tapi hakikatnya ia adalah pakaian moden..tak percaya? cuba pakai

Nak hina dihadapan manusia atau nak indah dihadapan Allah?

Fikirkan & Renungkan.. :)

Sentap Tak HAWA?!

Aku sering perhatikanlah terutama wanita zaman terlebih canggih ni.. 
upload gambar lepas tu buat caption..

"tak secomel korang"
"tak secantik korang"

kan? perasan tak?

kalau dah tahu tak comel !
kalau dah tahu tak cantik !
kenapa lagi masih upload ke laman sosial..?!

Jangan nak tayang muka sangatlah hakak oii..baik simpanlah gambar tu dalam memory card untuk tatapan diri sendiri.. nanti kalau dah ada suami tunjukkanlah dgn suami korang gambar yang tak cantik dan tak comel tu..

Kenapa kita perlu BERDAKWAH?

Kenapa kita perlu berdakwah??

-untuk suka suka ke?
-kerana terpaksa ke?
-nak dapat nama ke?

JANGAN..JANGAN..JANGAN..

-kita berdakwah niat kerana ALLAH
-kita berdakwah kerana itu memang tanggungjawab kita

kan? kan? kan?

Macam mana nak berdakwah?

-perlu pakai serban ke?
-perlu pakai kopiah ke?
-perlu pakai niqab ke?

ehh tidak..dakwah ni untuk semua..tak pakai serban pun takpa.!
tak pakai kopih pun takpa.! tak pakai niqab pun takpa.!

Habis tu macam mana?

-nak berdakwah perlu ada imu.. :)

Kalau tiada ilmu macam mana?
dia masih boleh berdakwah ke?

-yaa..dia masih boleh berdakwah..

Caranya?

-tunjukkan akhlak yang baik pun itu dah kira berdakwah.. :)

Jumaat, 27 November 2015

BUATMU SAHABATKU

Sahabat,
Andai pertemuan kita diredhai Allah,
Ajarilah aku erti kata tarbiyyah,
Ingatkanlah aku dakwah untuk ummah,
Tunjukkanlah aku jalan yang indah..

Sahabat,
Andai pertemuan kita ini takdir ilahi,
Pimpinlah aku ke syurga abadi,
Sedarkan aku godaan duniawi,
Jauhkan aku dari dosa dosa keji

Sahabat,
Andai aku hanyut dibuai cinta,
Marahlah aku dengan sentapan kata,
Ingatkan kepadaku azab neraka,
Untukku kembali seperti sedia kala..

Sahabat,
Pengorbananmu tidak terkira,
Keperibadianmu amat mulia,
Gurauanmu membuatku tertawa,
Tutur katamu lunak bicara..

Sahabat,
Jika aku sudah tiada,
Kenanglah aku di dalam doa,
Agar kita tetap bersama,
Walau tidak bersua muka..

Sahabat,
Perpisahan itu amat sakit,
Perpisahan itu amat perit,
Perpisahan itu amat pahit,
Namun kita harus terima hakikat,
Bahawa ini dunia bukan akhirat..

HIJRAH MAHASISWA

Wahai mahasiswa,
Dulu kau selalu berada di masjid,
Dulu kau selalu hadir di majlis ilmu,
Dulu kau selalu alunkan ayat alQuran..

Tapi kini,
Semua itu tidak terlihat lagi,
Kau berjalan berdua dengan bukan mahram,
Kau bersembang kosong yang tiada ketentuan,
Kau sering layan laptop dan telefon..

Wahai mahasiswa,
Mengapa perubahanmu amat ketara?
Mengapa ibadahmu sudah kau lupa?
Mengapa akhlakmu kian kau noda?
Mengapa ikhtilat tidak kau jaga?

Wahai mahasiswa,
Jadilah insan yang berguna pada agama,
Jadilah insan yang berguna pada keluarga,
Jadilah insan berguna pada negara,
Jadilah insan berguna pada umat manusia..

Wahai mahasiswa,
Bangkitlah dari zaman kegelapan,
Jauhilah perkara kemaksiatan ,
Agar kau tidak menjadi bahan kutukan,
Dikala dunia berada di akhir zaman..

Wahai mahasiswa,
Penghijrahanmu satu pedoman,
Penghijrahanmu satu kebaikan
Dan..
Penghijrahanmu amat dinanti nantikan..