Kadang kadang hati kita mahu tapi kita buat buat malu..

Isnin, 28 Mac 2016

PART II – KITA TIADA BEZA

Dalam perjalananku ke sekolah. Kawan sekelasku yang menaiki basikal mengejekku.
“hoi!! orang miskin. Buat apa kau ke sekolah? Tak malu ke? dah lah beg buruk, baju kusut, kasut koyak. Rupa pun dah macam beruk aku tengok. Padanlah kalau orang miskin ni kan.” Ejek salah seorang budak nakal.
Aku mendiamkan diri tanpa peduli hinaan kawanku. Yang aku tahu niatku ke sekolah untuk belajar Dalam perjalanan, aku bermonolog seorang diri
Ya Allah, malunya aku diperlakukan seperti sampah yang tidak berguna. Sabar. Aku menenangkan diriku.
Harap bila aku pulang ke rumah, ayah dah belikan aku beg baru. Kalau tiada, aku tak akan ke sekolah lagi. Bukan ilmu yang ku dapat tapi kutukan bertalu talu yang diberikan. Aku tak sanggup hidup macam ni. Keluhku lagi.
Sesampaiku di pintu pagar sekolah. Aku dipandang seperti orang asing yang baru menjejakkan kaki ke sekolah ini. Padahal dah 3 tahun aku duduk di sekolah yang sama. Takkan mereka tak cam rupaku kot. Fikirku.
“orang miskin kita perlu hapuskan dari sekolah ni. Kalau tak,tercemar nama baik sekolah kita sendiri dek kerana si dia yang tiada guna” suara asing menerpa dari sudut pendengaran telinga kiriku.
Aku biarkan suara asing tersebut tanpa memberhentikan langkah kakiku.
“hoi orang miskin!! Pekak ke atau buat buat tak dengar?”
Langkahku terhenti seketika.
Kau rasa? Jawabku.
“fuyoo, orang miskin dah berani bersuara. Sekali ku sepak pasti kau tak akan dapat bercakap.”
Aku terus meneruskan kembali langkahku menuju ke kelas. Sesampaiku di kelas aku duduk di penjuru sebelah kiri meja tanpa seorang kawan yang sudi duduk denganku. Maklumlah, orang miskin macam aku manalah sudi orang berkawan. Bebelku dalam hati.
Aku diam tertunduk memandang beg sekolahku yang usang, bajuku yang kusut, Kasutku yang rabak. Takpalah syukri, satgi balik rumah, pasti ayah dah belikan beg baru. Anganku kian memuncak.
Tanpa sedar, ketua kelas mengarahkan untuk bangun
“Bangun semua.” cikgu mursyidi berdiri tegak di hadapan dengan pakaiannya yang segak.
“okay murid murid. Sila hantar latihan yang cikgu suruh siapkan semalam.” Perintah cikgu mursyidi.
Arahan cikgu mursyidi membuatku terpaku seketika. Aku dengan segera selongkar beg usangku namun buku latihan tak jumpa.
Alamak..buku aku tinggal di atas meja belajar. Harap cikgu tak perasan. Bebelku lagi.
Tiba tiba cikgu mursyidi bersuara.
“syukri, buku awak mana? Saya tak Nampak awak hantar buku.”
Dengan nada rendah aku berkata. Cikgu, maafkan saya. Buku latihan cikgu tertinggal di rumah.
“awak ni. Awak yang belajar ke atau mak bapak awak yang belajar ni? Takpa, cikgu beri peluang awak hantar esok pagi, kalau awak tak hantar juga, tahu lah apa cikgu nak buat” tegas cikgu mursyidi. perasaan marah terpancar di wajah cikgu mursyidi.
Baik cikgu. Esok saya hantar. Jawabku ringkas.
Aku tertunduk malu melihat kawan sekelasku memandang ke arahku. Aku memalingkan wajahku daripada dilihat oleh kawanku.
“syukri, enam kali tujuh berapa?” soal cikgu mursyidi.
Aku masih tertunduk dengan berbantalkan kayu konkrit.
“syukkkkkkriiiiiiiiiiii..” jerit cikgu mursyidi.
“awak ni nak belajar ke tak? Cikgu tanya tak jawab. Awak ni, dah lah latihan tak hantar. Buat perangai kebudak budakan pulak dia” tegas lagi cikgu mursyidi.
Eleh. Aku memang masih budak pun. Bebelku lagi.
Apa soalan cikgu tadi? Saya kurang dengarlah. Soalku kembali.
Terkumat kamit bibirku namun cikgu mursyidi langsung tidak menghiraukan pertanyaanku.
*********************
Kringgg…kringgg..kringgg
Loceng berbunyi tandanya waktu rehat pelajar bermula.
Seperti biasa kalau waktu rehat, aku tak akan ke kantin maklumlah duit belanja yang ayahku bagi tak cukup nilai untuk beli makanan di kantin sekolah. Aku pun duduk je lah di kerusi yang ada.
“awak. Tak ke kantin ke?” suara ayu kedengaran.
Aku terus mengikuti gerak geri suara itu datang dari arah mana.
Ehh. Balqis. Ingatkan siapalah tegur aku tadi. Rupanya awak.
“awak tak ke kantin ke?” soalan sama diajukan oleh balqis
Tak. Jawabku ringkas.
“kenapa??”
Awak tahu kan kehidupan aku macam mana. Aku ni orang miskin. Tak mampu beli makanan di kantin tu. Bukan macam awak. Kaya, disegani orang pulak tu. Lagipun tiada sudi nak berkawan dengan aku ni. Mungkin sebab aku ni datang dari keluarga yang miskin kot. Perasaan sedih ku lemparkan.
“ehhh..awak ni syukri.. janganlah cakap macam tu. Miskin dan kaya sama sahaja. Ayah balqis selalu ingatkan balqis ‘kita ni biarpun kaya tapi hiduplah bersederhana. Hormat sikit orang miskin di luar sana’ lagi satu balqis nak cakap, balqis lebih suka berkawan dengan awak. Biarpun Nampak pendiam tapi baik hati” puji balqis.
“okaylah syukri. Kalau ada masa kita berborak lagi. Waktu rehat dah tamat ni. Kang budak kelas tu masuk, diorang akan bahan awak lagi.” Balqis segera beredar dari mejaku.
Hatiku semakin pulih. Rupanya sangkaanku tersasar. Aku fikir semua budak kelas bencikan aku. Ternyata tidak semua. Ada juga yang sudi berkawan dengan aku. Bisikku dalam diri.
“hoii, budak miskin!!” hentakan meja kedengaran.
Aku membiarkan panggilan tersebut kerna aku tahu pasti mereka akan menghinaku. Kepalaku aku tundukkan sedikit.
“heyy, budak nakal. Janganlah ganggu dia. Takda perasaan ke?. Insaflahh ganggu orang tu. Tak malu ke?” balqis bersuara.
“fuyooo. Dah ada backup sekarang. Kami fikir tiada yang sudi berkawan dengan kau budak miskin rupanya ada juga orang yang sudi.” Budak nakal bersuara sambil mengetuk ngetuk mejaku.
Arrghhhhh.. sudahlah..! aku memang orang miskin. Tiada harta dan tiada rupa. bukan macam kamu tu harta menggunung tapi sayang…
“tapi apa?!!”
Belum sempat aku bersuara. Satu tumbukan melekat di pipiku.
 Aduhh skitnya ya Allah. Aku meraung kesakitan. Simptom lebam menampakkan pipiku menjadi kebiru biruan.
Kau ni dah kenapa haikal? Apa yang kau tidak puas hati sangat dengan aku ni? Cukuplah dengan menghinaku miskin. Janganlah sampai buat kekerasan denganku. Tegasku.
“tidak puas hati? Hoii, budak miskin. Kau dengar ya.. Ini bukan soal puas hati dan tidak puas hati tapi ini soal miskin dan kaya. Kau kena ingat kau tu miskin dan aku ni kaya. So, jangan pandai nak lawan apa yang aku cakap. Faham!!” gertak budak nakal tersebut
“apa kecoh kecoh ni?” cikgu mastura bersuara tanpa sempat aku bersuara.
“cuba cikgu tanya budak nakal bertiga tu.” Balqis membalas pertanyaan cikgu mastura
“hah.. haikal.!! apa sebenarnya yang berlaku?” soal cikgu mastura
Haikal diam tanpa jawapan.!
“owh. Tak jawab ya.. takpa.. Syukri, apa sebenarnya yang berlaku?” cikgu mastura memandangku.
Tak tahu lah cikgu apa masalah haikal dan geng dia ni. Tiba tiba cari pasal. Terangku ringkas.
“haikal dan syukri, sila ikut cikgu ke bilik guru disiplin sekarang.!!!!!”

Aku segera bangun dan menurut perintah cikgu mastura. Tapi Haikal masih tercegat tanpa berganjak walaupun selangkah.

Tiada ulasan:

Catat Komen