Kadang kadang hati kita mahu tapi kita buat buat malu..

Selasa, 29 Mac 2016

BAB 1 (HIJRAHKU KERANA DIA)


 Aku mengemaskan baju yang berselerakan di dalam bagasi satu demi satu.  Siapalah punya kerja ni. Yang pasti bukan aku. Kalau aku tersusun rapi sama macam kelakuan tuannya yang sentiasa rapi.

“woii adam. Hang buat apa tu? Lipat baju ke?”
‘tak adalah.. tengah bermunajat kepada ilahi ni. Nak join ke? meh lah join. Lagipun aku tengok kau dah lama menjahil sorang sorang.’ Aku tergelak perlahan sambil  berpaling ke arah datangnya suara. Tak kelakar betul soalan zarul ajukan ni.
“poyo lah hang adam. Siap berloyar buruk lagi. Dah lah. Hang ke mana time cuti sem ni? Senyap jerk. Dengar gosip, kau dah tunang. Betulkah?”
Mataku terbeliak mendengar soalan murahan yang diajukan oleh zarul. Tunang? Awek pun tak ada apatah lagi tunang.
‘kau ni kan zarul, kalau gosip pasal orang, mulut mengalahkan perempuan. Taubat lah zarul. Buat apa nak tunang? Cita cita belum tercapai ada hati nak kejar cinta.’ Tegasku
“ek, eleh mamatni. orang tanya je pun. Kot kot lah betul.”
‘alah kau ni zarul, nak bash orang pulak. Ke kau yang dah tunang ni? Cincin di jari manis yang berkilau kilau bak permata dilautan tu kepunyaan siapa?’ aku tuding jari ke tangan zarul
“owh. Ni awek aku kasi dam.” Selamba zarul jawap.
‘Ya Allah, kau punya perangai ni zarul semakin menjadi jadi. Kalau tak diubah habis semua minah di kolej ni kau permainkan. Ni awek mana pulak?’ adam masih tidak berpuas hati.
“ni awek dua bulan lepasla, syakila namanya tapi aku dah jatuhkan talak tiga” adam mengeleng gelengkan kepalanya lalu merapatkan diri ke arah zarul.
‘kau ni zarul, bila nak bertaubat.? Cukuplah buat benda yang tak berfaedah ni. Kau fikir benda ni boleh bawa main main ke?’ sesi ceramah adam sudah bermula. Kalau tak dihentikan segera sampai esok pagi pun masih bersuara.
“baiklah ostat adam rayyan” zarul buat buat dengar ceramah adam padahal dalam hati kutuk habis.
“tapi, aku bukan ada buat apa apa dengan diorang. Cuma jalan jalan tengok wayang, lunch bersama. Tu je. Takdalah sampai tahap sentuh sentuh bagai tu. Aku ni masih tahu lagi halal haram. Masih ingat lagi syurga neraka”
‘hah. Jangan cakap soal halal haram kalau masih buat perkara yang Allah tak redha. Sampai bila kau buat benda ni zarul?’
“sampailah aku betul betul jumpa calon yang aku inginkan. Buat masa sekarang ni, tak jumpa lagi.”
‘macam mana nak jumpa kalau setiap bulan tukar lain? Lagipun aku tengok, semua awek kau tak lah secantik mana. Pakaian tak payah cakaplah. Macam berada di zaman batu. Tak cukup kain.’ Adam sengaja memanaskan suasana pada malam itu.
“tak cukup kain? Biarlah. Macam tu lah test aku dam. Sekali pandang pasti membuatku tergoda. Menarik apa”
‘menarik apanya kalau akhirnya ke neraka. Cuba kau cari awek yang bertudung litup berbaju labuh. Barulah sedap mata memandang’
Gelak zarul terhenti seketika.
“adam ni kan kalau pasal bash orang bukan main. Kadang kadang apa yang dia cakap buatku sentap” bisik zarul dalam hati.
“yela adam, aku ni bukan macam kau. Alim. Warak gitu.” Zarul saja je perli adam macam orang sudah tiada akal untuk membackup dirinya sendiri. Mungkin sebab kata kata adam yang tiada tapisnya.
‘budak ni. Aku Cuma nasihat aje zarul. Kalau kau nak jadikan iktibar, silakan. Kalau tak nak abaikan je. Lagipun siapalah kan aku ni jika dibandingkan dengan kau’ kata kata adam membuatkan zarul terkedu seketika.
“dah lewat malam ni. Jom tidur. Kang esok lambat ke kuliah pulak.” zarul saja je menukar topik.
‘cakap je lah kalau tak sudi dengar nasihat aku zarul. Dahh, jom tidur’ adam bangun dari duduknya lalu segera menuju ke katil.
Sebelum zarul melelapkan mata, adam sempat berkata.
‘zarul, fikir fikirkan dan renung renungkan apa yang aku cakap tadi’
“hmmm.. yala ostat. Ingatkan dah habis ceramah bersama ustat adam rayyan rupanya belum lagi”

*********************************
“bro, lama tak jumpa. Apa khabar?” nizam melontarkan suara yang garau sebaik sahaja adam dan zarul memasuki pintu kelas.
“hoii zam…baik aje. Kau apa cerita sekarang?” zarul menegur kembali sambil bersalaman dengan nizam.
“aku biasalah zarul. Takda cerita yang tergempar pun tentang aku ni. Orang merendah diri macam aku ni memang macam ni.” Gelakan sinis nizam terpancar di wajahnya.
“ek eleh. Poyolah.” Zarul bersuara menunjukkan tanda ketidakpuashatiannya terhadap nizam.
“hah. Hang adam, apa cerita.? Macam mana perjalanan dakwah semenjak cuti semester ni?” nizam tiba tiba menegur adam dengan perlian sinisnya.
‘puji ke perli ni nizam?’ berkerut dahi adam seketika.
“ni bukan puji mahupun perli tapi ini soalan ikhlas dari hati.”
‘yela tu nizam. Mandai je hang ni. Dakwah ye? Okay jerk. Semalam baru je bagi ceramah kat orang tu..hua..hua..hua..” sindir adam sambil memandang ke arah zarul yang berdiri tegak mengalahkan ketegakan menara klcc tu. Zarul memandang adam dengan jelingan yang tajam.
“elok sangatlah tu dam. Congratsslahh.. harap perjalanan dakwah hang dipermudahkan segalanya.” Zarul bersuara kembali. Tadi bukan main lagi berdiri memerhati perbualan adam dan nizam. Maklumlah perlian adam membuatnya rasa tidak selesa.
“penat pulak kalau asyik berdiri ni” nizam bersuara
Mereka bertiga mengambil tempat duduk masing masing. Seperti biasa adam akan duduk di hadapan manakala zarul dan nizam duduk di belakang. Kalau boleh di hujung dunia mereka pilih.
“dam. Marilah duduk belakang. Sekali sekala. Tak pernah aku tengok kau duduk belakang. Dari sem satu sampai sekarang, duduk depan je pilihan hati kau kan” suara nizam kedengaran dari belakang sebaik sahaja adam membetulkan kerusinya.
‘takpalah nizam. Lain kalilah ye. Lagipun, kalau duduk depan ni senang sikit nak tangkap apa yang lecturer cakap. Tenang pulak tu.’
“ehh lupa pulak, ustat kan suka berada dalam suasana yang tenang.” Perlian nizam membuat adam tidak tenang.
‘hurmmm..yela nizam’ adam menganggukkan kepalanya. Entahlah anggukan tersebut menunjukkan dia marah ke atau sekadar geram jerk.
Kelas sunyi seketika……tiba tiba nizam bersuara sambil menpuk bahu zarul.
“zarul, awek mana pulak bertudung labuh tu datang? Mengalahkan ustazah Fatimah syarha aku tengok.  Nak usya pulak rasanya”
“kau ni nizam. Buat aku terkejut aje. Awek mana pulak ni? Bunyinya dah mengalahkan ustazah aku dengar.” Zarul membesarkan matanya sambil memerhati perempuan yang nizam maksudkan.
“tu lah bingaiiiiii…kau ada mata ke tak ni?” nizam sekali lagi menempeleng kepala zarul.
“kalau iapun, janganlah sampai tempeleng aku. Kau tahu erti penyesalan kan kalau dapat rasakan aura tumbukanku? So, jangan cuba cuba buat perangai ya.” Kegeraman zarul terhadap nizam membuatkannya rasa tertanya tanya siapakah perempuan yang dimaksudkan oleh nizam.
“zam, aku dah Nampak awek yang kau maksudkan tu..SubhanAllah. adakah ini jodoh.” Zarul bersuara kembali. Kali ini dia pulak yang ganti memukul bahu nizam.
“Alhamdulillah..pestime aku dengar kau ucap SubhanAllah. Kau dah insaf ke? syukurlah. Ingatkan kau tak nak insaf dah” Nizam terkejut mendengar ucapan yang baru saja zarul ucap.
“mamatni rupanya tahu jugak memuji Allah. Ingatkan tidak” bisik nizam dalam hati.
“kau ni nizam. Dua kali lima aje dengan si adam tu. Bajet alim konon padahal di belakang doranglah paling zalim” zarul bersuara sambil menghentakkan tangannya ke meja.
“aku gurau je lah nizam. Janganlah keperempuan sangat. Sikit sikit merajuk. Bagi setapak kang.”
“okay. Dah dah. Aku rasa aku nak usya lah awek tu nizam. Pandangan pertama buatku tergoda. Bergetaq dah tulang rusuk ni.” Zarul cuba menenangkan keadaan. Kelibat matanya masih tertumpu ke arah gadis tersebut.
“hang jangan nak gatal sangat. Awek kau syakila tu kau nak letak di mana. Dalam kocek seluar?”
“syakila mana pulak ni? Kau tak tahu ke aku dah ceraikan dia dengan talak tiga? Hua..hua..hua”
“patutnya perangai kau ni tak pernah berubah dari dulu lagi. Takpalah. Aku malas nak ambil tahu hubungan kau dengan syakila tu.” Muka geram nizam jelas terpancar di wajahnya.

“zarullllllllllllllllllllllllllll”
“nizammmmmmmmmm”

Jeritan kedengaran. Bunyinya seperti di depan. Zarul dan nizam dengan serentak memandang ke depan.
“alamak. Sir hashim pulak dah sampai. Macam mana aku tak perasan” bebel zarul dalam hati.
“ehh sir hashim. Dah lama sampai?” nizam saja tanya soalan supaya dapat meredahkan kemarahan sir hashim.
“taklah.. baru aje sampai ni. Sesaat yang lepas. Kamu berdua dah lama mengintai perempuan ke?” sir hashim melontarkan pandangan yang menakutkan ke arah mereka.
“dah macam cerita munafik aku tengok pandangan mata sir hashim ni” bisik lagi zarul sendirian.
“kamu berdua kalau tak nak masuk kelas saya. Pergi berambus. Sir tak kesah. Bukan sir yang rugi. Gaji sir tak potong walaupun sesen tapi kamu yang rugi bayar yuran pengajian beribu ribu ringgit.”
“sorry sir. Kami tak perasan.” Zarul dan adam memohon keampunan kepada sir hashim.
“takpa..sir pun gurau je tadi..hahaha” sir hashim tergelak perlahan. Keakrabannya dengan pelajar membuatkan pelajar senang nak bergurau senda dengannya.
“laaa, yeke sir gurau? Elok sangatlah tu sir. Aku dan zarul pun sebenarnya gurau je dengan sir..hua..hua..hua” nizam bersuara dengan gurauan murahannya yang langsung menjengkelkan budak kelas tersebut.
“sir, hari ni kita belajar apa?” suara adam kedengaran setelah sekian lama duduk berdiam di hadapan.
“hari ni sir takda mood nak mengajar. Tujuan sir masuk kelas ni nak pastikan je. Semua ada kan?” sir hashim bertanya soalan yang sama setiap kali sem baru bermula.
“eleh, sir ni tak tahu ke atau buat buat tak tahu?” zarul menyampuk seketika.
“sir tanya aje. Kot-kot lah dah ada yang meninggal kan?” sir hashim sengaja buat gurauan yang tak menjadi.
“amboii sir, ni nak mendoakan orang meninggal ke apa?” secara tiba tiba suara manja nisya kedengaran. Tadi bukan main lagi pelajar perempuan diam. Sepatah haram pun tak pernah keluar dari mulut.
“tak doakan tapi Cuma pastikan aje. Awak kena faham dan hadam ayat sir tadi. Jangan fahamkan dari konsep literalnya saja” perlian sir hashim terhadap nisya mengenak di hati pelajar. Riuh seketika di dalam kelas.
“hmmm..yela sir.. nak bergurau tak boleh” bersuara nisya ringkas.
“sir tak cakap pun tak boleh gurau, boleh je gurau. Sampai mampus pun sir tak kisah tapi ada masanya sesuatu perkara tu kita tak boleh guraukan” keseriusan sir hashim berbicara membuatkan perasaan riuh bertukar menjadi sayu seketika. Pelajar dalam kelas terpaku dengan kata kata sir hashim lagi lagi nisya.

*******************************

“zarul, tu awek yang hang nak usya time di kelas tadi” tajam je mata nizam memandang awek tersebut mengalahkan teropong ajaib yang digunakan dalam cerita laksamana Do Re Mi.
“mana zam?” jerkah zarul.
“dia dah masuk library. Ala, budak perempuan.. sikit sikit ke library, entah apa yang dorang buat. Nak tunjuk kononnya dorang tu ulat buku. Tu je sebenarnya tujuan utama perempuan ke library..hua..hua..hua” tergelak perlahan nizam dengan membuat andaian sendiri terhadap perempuan. Kadang kadang apa yang keluar dari mulut si nizam ni boleh diguna pakai juga tapi kadang kadang sesuai dicampak ke dalam longkang.
“ish, kau ni zam. Tak baik cakap begitu dengan perempuan” zarul seolah olah membackup awek tersebut maklumlah hatinya lebih kepada perempuan.
“eleh, trip buat baik konon padahal selama ni semua hang pandang negative. Aku bukan kenal kau dalam sehari dua. Dah masak sangat dengan perangai kemunafikan  kau tu zarul”
‘zarul, nizam’ suara menerpa dari sebelah kiri.
“ehh..ustat adam rupanya. Hah, ada apa ya ustat?” soal zarul dengan sapaan yang tidak ikhlas.
‘takda apalah. Korang dah solat belum? Kalau belum, meh lah kita ke masjid sebentar solat berjemaah’ pelawa adam. Sejuk aje mata memandang.
“takpalah ustat. Ustat pergi solatlah dulu. Kitaorang ada hal lebih penting yang perlu diuruskan ni ustat. Maaf sangat”
“penting sangat ke usya perempuan tu zarul?” cuit nizam sambil memandang ke arah zarul.
‘zarul, tiada yang lebih penting selain seruan ilahi.’ Adam bersuara lagi. sengaja  adam memanaskan keadaan agar zarul dan nizam ikut serta solat berjemaah di masjid.
“baiklah ustat. Kalau iya pun nak berdakwah, tak payahlah memekak depan orang ramai. Jangan nak malukan kami. Boleh jatuh riak nanti. Kang amalan hang tu tak diterima” pedas ayat yang dilontarkan oleh zarul. Adam menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju dengan kelakuan yang ditunjukkan oleh zarul.

‘dah lah zarul. Kalau kau tak nak ikut aku, aku tak paksa. Aku Cuma jalankan tugasku sebagai khalifah di muka bumi ini untuk merealisasikan “amar makruf nahi mungkar” ‘  pantas adam berlalu pergi melangkah menuju ke masjid tapi zarul tidak peduli apa yang adam katakan dengannya.

Isnin, 28 Mac 2016

PART II – KITA TIADA BEZA

Dalam perjalananku ke sekolah. Kawan sekelasku yang menaiki basikal mengejekku.
“hoi!! orang miskin. Buat apa kau ke sekolah? Tak malu ke? dah lah beg buruk, baju kusut, kasut koyak. Rupa pun dah macam beruk aku tengok. Padanlah kalau orang miskin ni kan.” Ejek salah seorang budak nakal.
Aku mendiamkan diri tanpa peduli hinaan kawanku. Yang aku tahu niatku ke sekolah untuk belajar Dalam perjalanan, aku bermonolog seorang diri
Ya Allah, malunya aku diperlakukan seperti sampah yang tidak berguna. Sabar. Aku menenangkan diriku.
Harap bila aku pulang ke rumah, ayah dah belikan aku beg baru. Kalau tiada, aku tak akan ke sekolah lagi. Bukan ilmu yang ku dapat tapi kutukan bertalu talu yang diberikan. Aku tak sanggup hidup macam ni. Keluhku lagi.
Sesampaiku di pintu pagar sekolah. Aku dipandang seperti orang asing yang baru menjejakkan kaki ke sekolah ini. Padahal dah 3 tahun aku duduk di sekolah yang sama. Takkan mereka tak cam rupaku kot. Fikirku.
“orang miskin kita perlu hapuskan dari sekolah ni. Kalau tak,tercemar nama baik sekolah kita sendiri dek kerana si dia yang tiada guna” suara asing menerpa dari sudut pendengaran telinga kiriku.
Aku biarkan suara asing tersebut tanpa memberhentikan langkah kakiku.
“hoi orang miskin!! Pekak ke atau buat buat tak dengar?”
Langkahku terhenti seketika.
Kau rasa? Jawabku.
“fuyoo, orang miskin dah berani bersuara. Sekali ku sepak pasti kau tak akan dapat bercakap.”
Aku terus meneruskan kembali langkahku menuju ke kelas. Sesampaiku di kelas aku duduk di penjuru sebelah kiri meja tanpa seorang kawan yang sudi duduk denganku. Maklumlah, orang miskin macam aku manalah sudi orang berkawan. Bebelku dalam hati.
Aku diam tertunduk memandang beg sekolahku yang usang, bajuku yang kusut, Kasutku yang rabak. Takpalah syukri, satgi balik rumah, pasti ayah dah belikan beg baru. Anganku kian memuncak.
Tanpa sedar, ketua kelas mengarahkan untuk bangun
“Bangun semua.” cikgu mursyidi berdiri tegak di hadapan dengan pakaiannya yang segak.
“okay murid murid. Sila hantar latihan yang cikgu suruh siapkan semalam.” Perintah cikgu mursyidi.
Arahan cikgu mursyidi membuatku terpaku seketika. Aku dengan segera selongkar beg usangku namun buku latihan tak jumpa.
Alamak..buku aku tinggal di atas meja belajar. Harap cikgu tak perasan. Bebelku lagi.
Tiba tiba cikgu mursyidi bersuara.
“syukri, buku awak mana? Saya tak Nampak awak hantar buku.”
Dengan nada rendah aku berkata. Cikgu, maafkan saya. Buku latihan cikgu tertinggal di rumah.
“awak ni. Awak yang belajar ke atau mak bapak awak yang belajar ni? Takpa, cikgu beri peluang awak hantar esok pagi, kalau awak tak hantar juga, tahu lah apa cikgu nak buat” tegas cikgu mursyidi. perasaan marah terpancar di wajah cikgu mursyidi.
Baik cikgu. Esok saya hantar. Jawabku ringkas.
Aku tertunduk malu melihat kawan sekelasku memandang ke arahku. Aku memalingkan wajahku daripada dilihat oleh kawanku.
“syukri, enam kali tujuh berapa?” soal cikgu mursyidi.
Aku masih tertunduk dengan berbantalkan kayu konkrit.
“syukkkkkkriiiiiiiiiiii..” jerit cikgu mursyidi.
“awak ni nak belajar ke tak? Cikgu tanya tak jawab. Awak ni, dah lah latihan tak hantar. Buat perangai kebudak budakan pulak dia” tegas lagi cikgu mursyidi.
Eleh. Aku memang masih budak pun. Bebelku lagi.
Apa soalan cikgu tadi? Saya kurang dengarlah. Soalku kembali.
Terkumat kamit bibirku namun cikgu mursyidi langsung tidak menghiraukan pertanyaanku.
*********************
Kringgg…kringgg..kringgg
Loceng berbunyi tandanya waktu rehat pelajar bermula.
Seperti biasa kalau waktu rehat, aku tak akan ke kantin maklumlah duit belanja yang ayahku bagi tak cukup nilai untuk beli makanan di kantin sekolah. Aku pun duduk je lah di kerusi yang ada.
“awak. Tak ke kantin ke?” suara ayu kedengaran.
Aku terus mengikuti gerak geri suara itu datang dari arah mana.
Ehh. Balqis. Ingatkan siapalah tegur aku tadi. Rupanya awak.
“awak tak ke kantin ke?” soalan sama diajukan oleh balqis
Tak. Jawabku ringkas.
“kenapa??”
Awak tahu kan kehidupan aku macam mana. Aku ni orang miskin. Tak mampu beli makanan di kantin tu. Bukan macam awak. Kaya, disegani orang pulak tu. Lagipun tiada sudi nak berkawan dengan aku ni. Mungkin sebab aku ni datang dari keluarga yang miskin kot. Perasaan sedih ku lemparkan.
“ehhh..awak ni syukri.. janganlah cakap macam tu. Miskin dan kaya sama sahaja. Ayah balqis selalu ingatkan balqis ‘kita ni biarpun kaya tapi hiduplah bersederhana. Hormat sikit orang miskin di luar sana’ lagi satu balqis nak cakap, balqis lebih suka berkawan dengan awak. Biarpun Nampak pendiam tapi baik hati” puji balqis.
“okaylah syukri. Kalau ada masa kita berborak lagi. Waktu rehat dah tamat ni. Kang budak kelas tu masuk, diorang akan bahan awak lagi.” Balqis segera beredar dari mejaku.
Hatiku semakin pulih. Rupanya sangkaanku tersasar. Aku fikir semua budak kelas bencikan aku. Ternyata tidak semua. Ada juga yang sudi berkawan dengan aku. Bisikku dalam diri.
“hoii, budak miskin!!” hentakan meja kedengaran.
Aku membiarkan panggilan tersebut kerna aku tahu pasti mereka akan menghinaku. Kepalaku aku tundukkan sedikit.
“heyy, budak nakal. Janganlah ganggu dia. Takda perasaan ke?. Insaflahh ganggu orang tu. Tak malu ke?” balqis bersuara.
“fuyooo. Dah ada backup sekarang. Kami fikir tiada yang sudi berkawan dengan kau budak miskin rupanya ada juga orang yang sudi.” Budak nakal bersuara sambil mengetuk ngetuk mejaku.
Arrghhhhh.. sudahlah..! aku memang orang miskin. Tiada harta dan tiada rupa. bukan macam kamu tu harta menggunung tapi sayang…
“tapi apa?!!”
Belum sempat aku bersuara. Satu tumbukan melekat di pipiku.
 Aduhh skitnya ya Allah. Aku meraung kesakitan. Simptom lebam menampakkan pipiku menjadi kebiru biruan.
Kau ni dah kenapa haikal? Apa yang kau tidak puas hati sangat dengan aku ni? Cukuplah dengan menghinaku miskin. Janganlah sampai buat kekerasan denganku. Tegasku.
“tidak puas hati? Hoii, budak miskin. Kau dengar ya.. Ini bukan soal puas hati dan tidak puas hati tapi ini soal miskin dan kaya. Kau kena ingat kau tu miskin dan aku ni kaya. So, jangan pandai nak lawan apa yang aku cakap. Faham!!” gertak budak nakal tersebut
“apa kecoh kecoh ni?” cikgu mastura bersuara tanpa sempat aku bersuara.
“cuba cikgu tanya budak nakal bertiga tu.” Balqis membalas pertanyaan cikgu mastura
“hah.. haikal.!! apa sebenarnya yang berlaku?” soal cikgu mastura
Haikal diam tanpa jawapan.!
“owh. Tak jawab ya.. takpa.. Syukri, apa sebenarnya yang berlaku?” cikgu mastura memandangku.
Tak tahu lah cikgu apa masalah haikal dan geng dia ni. Tiba tiba cari pasal. Terangku ringkas.
“haikal dan syukri, sila ikut cikgu ke bilik guru disiplin sekarang.!!!!!”

Aku segera bangun dan menurut perintah cikgu mastura. Tapi Haikal masih tercegat tanpa berganjak walaupun selangkah.